fbpx

Mora mahu serlahkan DNA Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA akan memastikan rentak JDT tidak akan sumbang apabila menentang Sarawak United FC di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

PENGENDALI Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora tidak akan mengubah cara mereka bermain setelah pasukan lawan yang dihadapi mereka hanya mahu berkampung di kawasan sendiri dan cuma mencari keputusan seri.

Bagaimanapun, Mora memberitahu, mereka perlu berbuat sesuatu sekiranya apa yang dilalui ketika menentang Penang FC akan berulang dan mencari solusi terbaik bagi meneruskan rentak kemenangan.

Katanya, beliau akan pastikan rentak JDT tidak sumbang apabila menentang Sarawak United dan memastikan skuad Harimau Selatan mendominasi perlawanan dari awal hingga wisel penamat.

“Pihak lawan lebih mengutamakan untuk mengecewakan JDT (daripada menang) berban­ding memberikan aksi terbaik mereka. Ini yang kami risau akan dilakukan setiap pasukan ketika beraksi di sini.

“Saya tidak berniat untuk mengkritik sesiapa tetapi kami inginkan permainan dengan corak yang lebih terbuka, sekiranya lawan mampu beraksi lebih baik untuk mengikat atau menewaskan kami, kami akan terima keputusan itu dengan tangan terbuka.

“Jadi, kami tidak akan me­ngubah cara kami dengan memberi aksi terbaik bagi menghiburkan penonton kerana ini adalah cara JDT, DNA JDT. Kami bermain seperti ini dari awal, jadi saya tidak akan ubah cara JDT ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Jumaat lalu, JDT dipaksa be­kerja keras bagi mencari ruang bagi menembusi benteng skuad Harimau Kumbang yang menggunakan taktik ‘meletakkan bas’ dan hanya mampu menang tipis 1-0 menerusi jaringan Bergson Da Silva.

Dalam pada itu, Mora memberitahu, mereka perlu menganalisa permainan Sarawak Uni­ted untuk mencari idea yang tepat untuk mengatur strategi menentang mereka malam ini.

Walaupun mereka tewas 0-1 kepada Kedah Darul Aman FC, Mora berkata, JDT tetap kena waspada dengan pasukan L yang pasti mahu bangkit untuk memburu kemenangan pertama.

“Untuk perlawanan itu nanti, kami akan cuba untuk menguasai perlawanan bagi memboleh­kan kami beraksi dengan lebih selesa dan mampu memberikan persembahan yang lebih baik.

“Tentunya kami berharap mereka turut bermain dengan cara yang sama dan tidak hanya bertahan, barulah dapat menjanjikan aksi terbaik untuk disajikan kepada penonton,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI