fbpx

David Beckham, Posh derma RM5.4 juta buat kanak-kanak Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
David Beckham dan isterinya, Victoria mendermakan RM5.4 juta kepada tabung kecemasan UNICEF untuk membantu kanak-kanak mangsa perang di Ukraine. - UNICEF

LONDON – Pasangan selebriti popular, David dan Victoria Beckham atau Posh berikrar untuk membuat sumbangan sebanyak £1 juta (RM5.4 juta) bagi memberikan bantuan segera kepada rakyat Ukraine, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Beckham, 46, melancarkan rayuan kecemasan melalui tabung Dana 7 miliknya untuk Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi memberi sokongan kepada kanak-kanak yang terjejas di negara yang dilanda perang itu.

Menerusi laman Instagram, Beckham menyeru kepada dunia untuk sama-sama menghulurkan bantuan di Tabung UNICEF buat kanak-kanak pelarian Ukraine yang semakin meningkat.

“Victoria dan saya telah membuat derma bagi pihak keluarga kami untuk memulakan rayuan ini. 

“Kami amat berterima kasih sekiranya anda dapat menyertai kami dalam membantu UNICEF menyokong kanak-kanak ini. Tolong berikan apa yang anda mampu hari ini,” tulisnya.

Beckham telah menjadi duta UNICEF Britain sejak 2005 dan pada 2015, beliau melancarkan 7: The David Beckham UNICEF Fund. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI