fbpx

Lelaki maut digilis jentolak ketika buang air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Henderson sedang menggunakan tandas mudah alih ketika sebuah jentolak tiba-tiba merempuh tandas tersebut. – WTSP/Facebook

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki maut digilis  jentolak ketika dia menggunakan tandas mudah alih di sebuah tapak pelupusan sampah di negeri  Florida, Amerika Syarikat, lapor akhbar Metro UK semalam.

Aaron Henderson, 40, yang bertugas sebagai pengawal trafik,  terbunuh ketika kakitangan tapak pelupusan sampah North Central bersiap sedia untuk menyimpan peralatan dan menghentikan operasi di situ.

Menurut Pejabat Sherif Daerah Polk, ketika kejadian, seorang pengendali jentolak memandu jentera berat itu ke atas sebuah tambak pada petang Jumaat lalu. Penglihatannya dilaporkan terhalang oleh bilah tinggi pelantar.

Bagaimanapun, ketika sedang meratakan tanah dan memusing jentolak tersebut, lelaki berkenaan terdengar bunyi runtuhan kuat dan menyedari bahawa dia telah menggilis sebuah tandas mudah alih.

“Lelaki itu dengan segera keluar dari jentolak dan berlari ke arah tandas itu untuk memeriksa sekiranya terdapat seseorang berada di dalamnya.

“Dia kemudian menemui Henderson dalam keadaan tidak bergerak di dalam tandas itu,” kata pejabat sherif.

Henderson disahkan mati di tempat kejadian.

Pihak berkuasa menyifatkan insiden itu sebagai kemalangan industri yang tragik dalam siasatan awal. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN