fbpx

Elaun Kenangan Veteran ATM masih dalam kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Kementerian Pertahanan sedang menilai kesesuaian bagi pemberian Elaun Kenangan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, penilaian itu diadakan memandangkan sebahagian besar veteran yang terkesan di dalam isu jurang pencen terdiri daripada mereka yang menerima pingat PJM.

“Sekiranya opsyen itu (Elaun Kenangan) mampu dilaksanakan, permasalahan jurang pencen dalam kalangan veteran ATM yang berkaitan akan dapat dikurangkan.

“Untuk makluman, kerajaan pernah memperuntukkan sejumlah RM 60.9 juta bagi pemberian Elaun Kenangan PJM kepada 121, 816 orang warga veteran ATM pada tahun 2020 dan sejumlah RM2.7 juta kepada balu dan waris pada tahun 2021,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dibangkitkan M. Karupaiya (PH- Padang Serai) yang mahu mengetahui mengenai hasil kajian dibuat kementerian berhubung penyelarasan pencen veteran ATM.

Dalam pada itu, bercakap mengenai isu pelarasan jurang pencen, Ikmal Hisham berkata, semakan dijalankan kementerian mendapati ia melibakan implikasi kewangan tinggi sekiranya pelarasan itu dilaksanakan.

“Namun, kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan opsyen-opsyen terbaik dalam mengatasi cabaran permasalahan itu memandangkan mengakui skim perkhidmatan ATM adalah berbeza dengan skim perkhidmatan awam yang lain.

“Penjawat awam daripada perkhidmatan kerajaan selain tentera menikmati pencen sehingga 60 peratus manakala majoriti veteran ATM yang telah berkhidmat sehingga 21 tahun hanya layak menikmati pencen sebanyak 50 peratus,” jelasnya.

Susulan itu, menurutnya, pihaknya berharap agar Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan lagi peruntukan baharu untuk pemberian elaun Kenangan PJM tersebut pada masa akan datang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI