fbpx

Pan-gon mungkin diberi tugas kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON berjaya mengubah prestasi skuad Harimau Malaya dan sentuhannya turut ditagih oleh pasukan B-23 negara.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan untuk memberi dua peranan berbeza buat pengendali import Korea Selatan, Kim Pan-gon pada masa akan datang.

Sebagai rekod, Pan-gon telah menjadi pengendali skuad Harimau Malaya sejak tahun 2022 sehingga berjaya memberikan impak besar dalam arena bola sepak tanah air ketika ini.

Susulan itu, terdapat cadangan bahawa FAM perlu memberi tugas tambahan buat Pan-gon untuk membimbing skuad bawah 23 (B-23) negara yang dilihat agak bergelut sejak beberapa tahun lepas.

Situasi ini bukanlah perkara asing terutama di rantau Asia Tenggara apabila pengendali Indonesia, Shin Tae-yon dan jurulatih baharu Vietnam, Kim Sang-sik telah diberi dua peranan untuk bimbing skuad utama dan pasukan B-23.

Keputusan Indonesia itu tampak positif apabila Tae-yong berjaya bantu skuad senior Sang Garuda lolos ke pusingan kalah mati Piala Asia 2023 dan skuad B-23 beraksi di playoff Sukan Olimpik 2024.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perancangan untuk melakukan perkara tersebut sudah ada, tetapi ia perlukan penelitian terperinci sama ada sesuai dengan budaya bola sepak Malaysia.

Menurut Hamidin, perbincangan juga perlu diadakan secara peribadi dengan Pan-gon kerana sudah tentu menuntut perubahan dalam kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini.

“Jika perkara tersebut sesuai dengan negara lain, mungkin tidak serasi dengan kita. Namun, kita akan usulkan perkara itu (lantik ketua jurulatih sama bagi skuad senior dan B-23) untuk dibincangkan semula.

“Kemudian, kita kena lihat sama ada Pan-gon setuju atau tidak kerana ia melibatkan kontrak dan beberapa perkara lain,” kata kepada Kosmo!.

Buat masa ini, skuad B-23 masih dikendalikan oleh pengendali dari Sepanyol, Juan Torres Garrido tetapi dikritik hebat susulan tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia B-23 2024 yang lepas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI