fbpx

Warga emas maut rempuh kenderaan parkir tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan dipandu seorang wanita warga emas yang terlibat dalam kemalangan semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas maut apabila kenderaan dipandunya merempuh sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Jalan SS 3/39, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan berhubung kejadian berlaku pada pukul 6.17 petang membabitkan kemalangan kereta Peugeot 208 dan Toyota Corolla.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada pukul 1.30 tengah hari di Jalan SS 3/39.

“Mangsa yang berusia 65 tahun memandu bersama seorang rakan, hilang kawalan ketika melalui tempat kejadian dan terbabas melanggar sebuah kereta lain yang diletakkan di tepi jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca sebenar kemalangan dan sebab kematian.

“Saksi kejadian yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 untuk menyalurkan maklumat,” jelasnya.

Beliau memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat dan pihaknya sedang menunggu keputusan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI