fbpx

[VIDEO] Penunggang basikal dilanggar MPV hanya cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video menunjukkan seorang penunggang basikal menunjukkan aksi luncur menuruni bukit hingga dilanggar sebuah jenis kenderaan MPV menjadi tular di media sosial sejak semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang basikal menunjukkan aksi luncurnya menuruni bukit hanya mengalami cedera ringan selepas berlanggar dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di Jalan Nusa Bukit Tunku, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular di media sosial menunjukkan kemalangan membabitkan MPV dan basikal pada pukul 9 malam tadi.

“Pada 5 Mac 2022, kira-kira pukul 9 malam telah terkesan tular satu rakaman video di Facebook yang dimuat naik oleh akaun Fareez Aiman berdurasi sembilan saat menunjukkan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah basikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada pukul 10.11 pagi selepas Toyota Alphard membelok ke simpang kanan dan dilanggar basikal yang sedang menuruni bukit dengan laju.

“Akibat kemalangan remaja berusia 17 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pihak terbabit sudah hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee dan kes disiasat mengikut Rule 3(2)(b) LN 166/59 iaitu tidak memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum melintas laluan kenderaan itu.

Sarifudin berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI