fbpx

Abramovich bukan sekadar mahu duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABRAMOVICH bukan sekadar mahukan duit hasil penjualan Chelsea, tetapi pemilik baharu juga perlu mampu untuk meneruskan kesinambungan kejayaan kelab itu. – AFP

LONDON – Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan tidak tergesa-gesa untuk menjual kelab tersebut apabila dilaporkan sudah menolak tawaran bernilai £2.5 bilion (RM13.81 bi­lion) baru-baru ini.

Penasihat kepada taikun dari Rusia itu, Joe Ravitch menjelaskan, pihaknya mahu membuat penilaian terbaik sebelum me­nerima sebarang tawaran untuk melepaskan The Blues kepada pemilik baharu yang benar-benar mempunyai kelayakan untuk terus memacu kelab itu ke tahap yang lebih baik.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung penjualan kelab itu selepas Abramovich dikatakan mahu menarik serta menjual semua pelaburan dan asetnya di United Kingdom.

“Kami tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan kerana ini adalah urusan yang sangat penting. Banyak perkara perlu dinilai sebelum menerima sebarang tawaran yang dikemukakan.

“Apa yang menjadi keutamaan adalah Roman (Abramovich) mahukan seorang pemilik baharu yang mampu untuk meneruskan kesinambungan Chelsea sebagai salah sebuah kelab terbaik dunia dan bukannya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan wang,” kata Ravitch.

Abramovich terpaksa meng­umumkan penjualan kelab yang dibeli dengan nilai £140 juta (RM773.70 juta) pada 2003 itu selepas Rusia melakukan operasi ketenteraan ke atas Ukraine ming­gu lalu sekali gus menerima tekanan hebat termasuk daripada Parlimen Britain yang mahu beliau menjual semua asetnya termasuk melepaskan pegangan saham di Chelsea.

Difahamkan, beliau yang memiliki hubungan rapat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin hanya akan melepaskan kelab itu sekiranya menerima tawaran sekurang-kurangnya £3 bilion (RM16.58 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI