fbpx

Cuaca buruk di 11 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di 11 negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlarutan sehingga pukul 10 malam.

Antara kawasan terlibat seluruh negeri di utara Semenanjung serta beberapa kawasan di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir dilihat sedang berlaku di Hulu Langat, Selangor, manakala bagi Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu dan Jempul.

Sementara itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri Pahang, Johor, Sarawak, Sabah serta Labuan yang menjangkakan keadaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang pada malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI