fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara hingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dilaporkan melanda hampir semua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, cuaca buruk petang ini lebih tertumpu di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, di Kelantan, antara kawasan yang terkesan adalah Kuala Krai dan Gua Musang serta dua daerah di Pahang iaitu Jerantut dan Maran.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat serta ribut petir turut berlaku di keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Bagi Johor pula, melibatkan Tangkak dan Muar.

“Tinjauan semasa di Sarawak mendapati cuaca buruk yang sama sedang melanda Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan,” jelas kenyataaan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI