fbpx

Kacaknya, Hun Haqeem persis lelaki Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUN HAQEEM

HUN Haqeem sekali lagi mencairkan hati ramai peminat wanitanya apabila muncul dalam sebuah video bersama dua wanita Korea.

Video yang tular dalam TikTok itu memperlihatkan Hun menari bersama dua jelitawan itu yang juga merupakan pesohor media sosial dikenali sebagai Jade Blimey dan Blimey Dasol.

Majoriti netizen khususnya kaum Hawa seperti tidak keruan melihat gelagat comel hero kesayangan mereka menari.

Rata-rata memuji ketampanan Hun yang dikatakan seperti lelaki Korea.

“Kacak sungguh lelaki yang ditengah itu, adakah Jekfer bakal berlakon di Korea?” seloroh seorang netizen.

“Ini tidak adil! Mereka datang dari Korea tetapi sudah bertemu Hun, saya di Malaysia masih belum ada peluang tersebut,” komen seorang lagi netizen.

Video tersebut telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali dalam TikTok dan meraih lebih 153,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI