fbpx

PRN Johor: Calon BN DUN Penggaram positif Covid-19, semua kempen dibatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hwa Kwong.

JOHOR BAHRU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Ter Hwa Kwong disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pagi tadi.

Hwa Kwong yang juga wakil MCA, akan bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 itu membatalkan semua program yang telah dijadualkan serta-merta.

Selain dirinya, ahli pasukan kempennya turut pergi menjalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin kendiri.

“Saya akan menjalani prosedur susulan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya memohon maaf kepada orang ramai termasuk ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, rakan sepasukan pilihan raya dan orang ramai yang terkesan dengan keadaan saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Hwa Kwong meminta agar mereka yang mempunyai hubungan fizikal dengannya beberapa hari lalu menjalani ujian saringan Covid-19 jika mengalami gejala jangkitan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI