fbpx

Aksi comel Siti Nurhaliza, Boon Heong jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA mengakui teruja apabila dapat beraksi dalam satu gelanggang bersama bekas pemain badminton negara, Tan Boong Heong.

BUAT julung kalinya penyanyi tersohor negara yang juga pengasas Beausiti Sdn. Bhd., Datuk Seri Siti Nurhaliza menganjurkan perlawanan persahabatan badminton untuk menghargai pelanggan setia yang sentiasa menyokong jenama Beausiti.

Lebih menarik, perlawanan persahabatan badminton yang diadakan di Twin Towers Fitness Centre, KLCC itu turut menampilkan bekas pemain badminton negara, Tan Boon Heong yang juga merupakan duta produk minuman sarang burung, Beaunest.

Kemeriahan perlawanan persahabatan tersebut semakin hangat apabila penganjurannya turut bertujuan untuk meraikan kejayaan ‘Sitizen’ ejen jualan yang berjaya membuat jualan terbanyak sepanjang kempen promosi Beausiti.

Dalam acara yang berlangsung sekitar dua petang pada hari Sabtu lalu itu melibatkan seramai sekitar 80 orang terdiri daripada jemputan khas, ejen jualan dan pelanggan terpilih Beausiti yang dijemput bagi mengeratkan persahabatan dan mempromosikan amalan cara hidup yang sihat dan aktif melalui permainan badminton.

Seiring situasi negara berdepan masalah Covid-19, Beausiti sentiasa memberikan sokongan penuh kepada masyarakat dengan mengutamakan gaya hidup sihat seperti menganjurkan aktiviti sukan dan riadah bersama keluarga.

SELAIN Siti dan Boon Heong, perlawanan persahabatan badminton yang dianjurkan Beausiti turut menampilkan Siti Norsaida serta penyanyi yang juga bekas pemain badminton junior negara, Syahmi Irfan.

Selain itu, Beausiti juga mengeluarkan produk minuman yang memberikan tenaga, pemulihan dalaman dan memelihara sistem imuniti badan.

Siti ketika ditemui selepas perlawanan berakhir mengakui menjadikan aktiviti bermain badminton sebagai sukan pilihan ketika waktu senggang.

Ujar penyanyi berusia 43 tahun itu, bersukan memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan, lebih-lebih lagi penyanyi sepertinya yang perlu kekal bertenaga semasa membuat persembahan pentas.

“Bersukan menjadi salah satu cara untuk saya lepaskan tekanan dan dapatkan tubuh badan lebih sihat. Secara tak langsung minda pun jadi lebih tenang,” ujarnya.

Tambah pelantun Bicara Manis Menghiris Kalbu itu, jika mempunyai masa terluang, dia akan merancang setiap bulan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersukan.

Sejak di bangku sekolah lagi, Siti sememangnya sudah aktif dalam kegiatan sukan dan pernah mewakili sekolah untuk pelbagai acara seperti bola jaring.

Malah, Siti juga mengakui terdapat ramai lagi artis sebenarnya mahir dalam sukan-sukan tertentu dan pernah menyertai aktiviti tersebut bersama-sama.

“Sebelum ini saya pernah menyertai aktiviti sukan bersama rakan artis, ramai yang pandai main badminton dan bola jaring. Masing-masing ada semangat seorang atlet cumanya kita tak ada masa nak tunjukkan bakat,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain badminton negara, Tan Boon Heong mengakui teruja kerana dapat beraksi satu gelanggang bersama penyanyi nombor satu negara itu

Sebagai duta jenama minuman berkenaan, Tan Boon Heong berkata, dia seronok dapat bekerjasama dengan Siti Nurhaliza dan berharap dapat menjayakan lebih banyak lagi program sukan selepas ini.

“Isteri saya memang peminat Siti, dia boleh menyanyi lagu Datuk Siti! Seronok hari ini kerana dapat berjumpa dengan peminat beliau,” katanya.

Pertama kali bekerjasama dengan Siti, Boon Heong menyifatkan penyanyi itu sangat menyenangkan dan peramah.

“Semoga pemilihan saya sebagai duta ini dapat meluaskan lagi pasaran produk minuman ini kepada semua bangsa. Minuman ini memiliki banyak manfaat, lebih-lebih lagi mereka yang aktif dengan sukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI