fbpx

72.7 rakyat Pulau Pinang sudah ambil dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Rakyat negeri ini disarankan supaya tampil mengambil suntikan dos penggalak (booster) dengan segera memandangkan hanya 72.7 peratus iaitu 993,432 individu didapati telah mendapatkan dos berkenaan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, dengan gelombang jangkitan Omicron yang dilalui Pulau Pinang pada masa ini, vaksinasi merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan seseorang yang dijangkiti mengalami simptom yang teruk dan juga kes Brought in Death (BID).

Katanya, menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sehingga 3 Mac 90 peratus daripada 1.77 juta penduduk negeri ini telah menerima vaksin dos pertama; dos kedua (86.2 peratus) dan dos penggalak (72.7 peratus).

“Data Kementerian Kesihatan (KKM) bagi seluruh negara menerusi Mesyuarat Menteri bersama-sama Exco-Exco Kesihatan semalam turut berkongsi bahawa sebanyak 91 peratus kes BID tidak mengetahui mereka dijangkiti wabak Covid-19.

“Daripada jumlah tersebut hanya sembilan peratus yang menerima suntikan booster, selebihnya adalah tanpa atau tidak mengambil suntikan ‘ketiga’ yang disyaratkan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, bagi tempoh sama, daripada 155,600 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negeri ini, sebanyak 50 peratus masih belum mendaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI