fbpx
NO:EL

NO:EL dipenjara tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPUTUSAN mahkamah membabitkan penyanyi rap NO:EL yang terlibat dalam kes memandu bawah pengaruh alkohol beberapa tahun lalu akhirnya menemui penamat.

NO: EL dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan enggan menjalankan ujian bacaan nafas (breathalyzer), memandu bawah pengaruh alkohol tanpa lesen dan mengasari pegawai polis.

Dalam sesi perbicaran yang berlangsung di Mahkamah Daerah Tengah Seoul pada 25 Februari lalu, pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tempoh tersebut terhadap NO:EL.

“Kes melibatkan defendan dalam fasa percubaan tetapi dia juga melakukan kesalahan lain,” ujar pendakwa raya.

Dalam satu kejadian pada September 2018, penyanyi itu memandu sebuah kereta Mercedes-Benz di persimpangan Hospital St. Mary di Banpo-dong, Seoul sebelum bertembung dengan sebuah lagi kenderaan.

Sewaktu kejadian, dia didapati memandu tanpa lesen, enggan menjalankan ujian bacaan nafas dan menghalang tugas pegawai polis.

POPULAR