fbpx

MAFI komited bantu pengusaha nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (tengah) melihat kraftangan menggunakan daun nanas di salah sebuah pameran di Kilang Pau Mira Frozen, Pagoh, Muar, hari ini. Foto NUR ALINA HASSAN

MUAR- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) komited dalam membantu pengusaha nanas di negara ini untuk meningkatkan purata pendapatan mereka sehingga RM8,000 sebulan.

Menteri MAFI, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), pihaknya memperuntukkan sebanyak RM137 juta bagi menjayakan tujuh skop program pembangunan meliputi bantuan kepada pekebun kecil serta usahawan industri hiliran nanas.

“Sektor industri nanas negara diunjurkan terus berkembang sebanyak lima peratus setahun dengan eksport nanas negara telah mengalami peningkatan ketara iaitu sebanyak RM641 juta pada tahun 2020 berbanding RM138 juta pada tahun 2016.

“Ia selaras dengan halatuju LPNM memperkasakan pembangunan industri nanas negara serta meningkatkan purata pendapatan pengusaha nanas daripada RM5,000 sebulan kepada RM8,000 sebulan dalam tempoh RMK-12,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) Pagoh, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi LPNM, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI