fbpx

Gatal popular di Indonesia, Janna Nick terharu sokongan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU Gatal nyanyian Janna Nick trending dalam TikTok Indonesia.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga penyanyi Janna Nick tidak menyangka single baharunya berjudul Gatal tersenarai sebagai Top 10 lagu paling popular dalam aplikasi TikTok Indonesia dengan menduduki tangga keempat keseluruhan aplikasi perkongsian video pendek berkenaan.

Janna atau nama lengkapnya Nurul Janna Muner, 27, ketika dihubungi Kosmo! Online melahirkan rasa gembira dan terharu dengan sambutan lagu Gatal apabila tular sehingga ke Indonesia.

“Saya tidak sangka lagu Gatal mendapat sambutan baik oleh pendengar di Indonesia terutamanya pengguna TikTok.

“Terima kasih kepada pencipta lagu tersebut iaitu Aepul Roza serta Warner Music untuk lagu yang sangat menarik itu. Terima kasih juga kepada semua pengguna TikTok yang menjadikan lagu Gatal trending,” ujarnya.

Kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann itu tidak menolak kekuatan yang ada pada lagu Gatal sehingga dapat diterima baik pendengar bukan sahaja di Malaysia, bahkan sehingga ke negara seberang.

“Mungkin ada kekuatan dalam lagu Gatal yang membuatkan lagu ini menjadi pilihan pendengar dari luar negara.

“Saya pun ada kelompok kecil peminat di Indonesia yang bernaung bawah kelab Jannah Nicker. Terima kasih saya ucapkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Janna yang kini sedang menjalani sesi kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 sejak 26 Februari lalu bersyukur apabila keadaan kesihatannya semakin baik dan akan menamatkan kuarantin bermula esok.

“Alhamdulillah deria rasa semua okey. Cuma saya rasa sakit tekak sedikit. Esok hari terakhir saya kuarantin.

“Terima kasih pada peminat yang mendoakan kesihatan saya. Jaga diri semua,” katanya.

Sekadar info, lagu Gatal ciptaan sepenuhnya Aepul Roza yang dilancarkan sejak dua minggu lalu telah mendapat sejumlah 2.4 juta tontonan dalam YouTube. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI