fbpx

25,854 kes Covid-19, 78 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam kembali meningkat kepada 25,854 kes berbanding kelmarin yang mencatatkan sebanyak 23,100 kes, berdasarkan data pada laman web CovidNow.

Daripada kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 448 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,486,590 kes.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan di Selangor (5,969 kes), Kedah (2,801 kes), Pulau Pinang (2,377 kes), Sabah (2,158 kes), Negeri Sembilan (1,808 kes), Johor (1,767), Kuala Lumpur (1,751 kes), Kelantan (1,518 kes) dan Perak (1,288 kes).

“Seterusnya Pahang (1,269 kes), Sarawak (1,248 kes), Terengganu (727 kes), Melaka (507 kes), Perlis (300 kes), Labuan (230 kes) dan Putrajaya (136 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 78 kes kematian Covid-19 dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,827 kes manakala, sebanyak 34 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,744 kes.

Sebanyak 293,651 kes aktif dilaporkan melibatkan 282,283 kes dikuarantin di rumah, 3,452 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,542 kes di hospital, 161 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 213 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI