fbpx

Zhou ada impian besar tawan litar F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHOU (tengah) tidak mahu kehadirannya dalam saingan F1 sekadar mengisi kekosongan sebaliknya mahu membuktikan kemampuan yang ada pada dirinya. – TWITTER ALFA ROMEO F1

BARCELONA – Guanyu Zhou yang menjadi pemandu Formula Satu (F1) pertama dari China menegaskan bahawa dia enggan menjadi sekadar pelengkap jadual ketika turun memulakan perlumbaan bersama pasukan Alfa Romeo pada 20 Mac nanti di Grand Prix Bahrain.

Pelumba berusia 22 tahun tersebut menyertai Alfa Romeo bagi menggantikan tempat Antonio Giovinazzi dengan membawa bersama penaja baharu yang menyediakan dana besar kepada pasukan tersebut musim ini.

Justeru itu, Zhou mengakui kini impiannya sejak kecil untuk menyertai perlumbaan F1 tercapai dan teruja untuk memulakan perlumbaan pertamanya.

“Saya bersemangat selepas melihat ‘livery’ jentera C42 Alfa Romeo dan pastiValnya saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan bersama jentera baharu ini.

“Tahun ini segalanya berubah terutama kehadiran peraturan baharu sekali gus bakal mewujudkan peluang terbuka kepada semua pasukan.

“Sejak menjejak kaki bersama keluarga Alfa Romeo, mereka banyak membantu saya dan semua bekerja keras untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

“Saya harap tahun ini saya bukan sahaja sekadar mengisi kekosongan di F1, malah saya mahu membuktikan diri saya serta membanggakan China,” katanya pada sesi pengenalan jentera mereka kelmarin.

Zhou bakal menyertai Yuki Tsunoda dari Jepun yang berlumba untuk Alpha Tauri sebagai pelumba Asia di dalam saingan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI