fbpx

Ismail Sabri umum bantuan banjir esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dijangka mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu esok sempena lawatannya ke negeri pantai timur itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pengumuman sempena lawatannya itu dijangka melibatkan bantuan wang insan dan beberapa insentif lain.

“Perdana Menteri akan buat lawatan esok dan saya kira pengumuman akan dibuat mengenai wang insan dan bantuan lain buat mangsa banjir di Pantai Timur,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas-Dungun) yang bertanya mengenai jenis bantuan yang akan diberikan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, ketika menjawab soalan mengenai langkah drastik menangani banjir di Pantai Timur, Abdul Latiff berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (MDCC) sudah mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir.

“Notis itu dikeluarkan kepada kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah selain menerima maklum balas positif daripada pelbagai agensi.

“Semua kita tahu kemuncak pemindahan mangsa banjir adalah antara 26 hingga 28 Februari, tetapi kerana bekerjasama dengan Jabatan Mateorlogi, maklumat dapat disampaikan awal kepada negeri dan daerah,” jelasnya.

Ujarnya, penyampaian awal itu membolehkan langkah bersiapsedia dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah di dengan suasana amat positif. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI