fbpx

Enggan ke PPS takut dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bahagian dalam rumah keluarga Susilawani di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat yang dinaiki air setinggi paras lutut.

TUMPAT – Seorang penduduk Kampung Bendang Pak Yong di sini enggan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran bimbang sekali lagi dijangkiti Covid-19 meskipun kawasan kampungnya sudah dinaiki air.

Seorang penduduk, Susilawani Fauzi, 33, berkata, selain itu, ibunya yang tinggal berhampiran rumahnya juga tidak mahu berpindah ke PPS selepas mereka sekeluarga dijangkiti Covid-19 semasa berada di pusat tersebut pada hujung tahun 2020 lalu.

Katanya, bimbang dengan keadaan itu kembali berulang, semua ahli keluarga kini menumpang di rumahnya yang mempunyai struktur binaan tinggi berbanding rumah penduduk lain.

“Apabila berlaku banjir, kampung ini dan Kampung Kajang Sebidang pasti akan terjejas akibat bencana itu. Jadi, kami mengambil keputusan untuk tidak berpindah ke PPS pada kali ini.

“Bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia datang ke kampung ini di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk membantu mangsa banjir, namun kami memaklumkan bahawa enggan berpindah akibat takut dijangkiti Covid-19,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Susilawani, selain keluarganya, kira-kira 50 keluarga lain di dua kampung itu juga didapati enggan berpindah ke PPS ekoran bimbang dijangkiti Covid-19.

Katanya, kebanyakan penduduk rela menumpang di rumah saudara mara mereka daripada berpindah ke PPS yang pastinya akan dihuni ramai lagi mangsa banjir.

“Pengalaman dijangkiti Covid-19 semasa berada di PPS amat memeritkan dan saya seboleh-bolehnya akan mengelak daripada berpindah ke PPS jika kes jangkitan masih tinggi.

“Saya melihat banjir yang melanda pada penghujung Februari lalu itu lebih teruk berbanding bah besar pada 2014 kerana air masuk ke dalam rumah ibu sehingga paras lutut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI