fbpx
Anggota polis menahan penunggang motosikal yang dipercayai menyertai konvoi ke LTSIP, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu, semalam. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Konvoi motosikal LTSIP: Tiga kertas siasatan dibuka berkait kes perlekeh tugas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Polis Kelantan membuka tiga kertas siasatan berhubung kenyataan seorang lelaki yang didakwa memperlekeh tugas pasukan itu semasa berucap selepas menyertai konvoi motosikal ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu mengawal penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Kita menerima satu laporan berhubung satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang individu lelaki mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.

“Siasatan awal mendapati, individu berkenaan turut mendakwa dia berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya dengan cara memperdayakan anggota bertugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab dan bersifat provokatif serta boleh menimbulkan persepsi negatif sekali gus boleh menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti polis.

Terdahulu, tular ucapan seorang individu yang didakwa mengandungi kata-kata memperlekeh tugas polis yang didakwa berucap selepas selesai menyertai konvoi motosikal ke LTSIP, Pengkalan Chepa, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN