fbpx

Amirudin positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin Shari

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari disahkan positif Covid-19.

Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya memaklumkan ini susulan hasil ujian RT-PCR yang dijalankan pada hari ini.

“Justeru, beliau akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh (7) hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau dijadualkan kembali bertugas secara rasmi mulai hari Selasa depan iaitu 8 Mac ini, ” katanya hari ini.

Sehubungan itu, bagi pihak Menteri Besar, beliau memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan beliau dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI