fbpx

Sempat berpaut pada pokok lepas bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa sempat berpaut pada sebatang di pokok selepas bot yang dinaikinya terbalik di Kampung Serungga, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN SMART

PASIR MAS – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila bot yang dinaikinya terbalik di Kampung Serungga di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, lelaki berusia 50-an itu sempat berpaut pada sedang pokok untuk mengelak daripada dihanyutkan arus banjir.

Ketua Operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hafiezul Abdul Halim berkata, lelaki itu berjaya diselamatkan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Menurutnya, mangsa kemudian terus dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di sini.

“SMART telah turun ke lapangan untuk membantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas menjalankan operasi menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohamad Hafiezul memberitahu, sebelum itu, pihaknya telah turun membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI