fbpx

Dua kilang terbakar selang empat jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN satu daripada kilang yang musnah terbakar awal pagi tadi.

SHAH ALAM – Dua kilang musnah terbakar dalam tempoh selang empat jam di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Kebakaran itu melibatkan sebuah kilang percetakan dan kilang alat ganti motosikal namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian pertama di sekitar Seskyen 17 di sini, selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.36 pagi.

Katanya, sepasukan 21 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta Kota Anggerik dikerah dalam operasi memadam kebakaran kilang alat ganti tersebut.

“Pemeriksaan mendapati api marak memusnahkan premis itu namun berjaya dikawal daripada merebak.

“Kebakaran itu kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.28 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, pihaknya kemudian menerima maklumat sebuah lagi kilang turut terbakar di Seksyen 15 di sini, pada pukul 5.56 pagi.

“Operasi itu disertai sepasukan 25 anggota dan pegawai BBP Kota Anggerik, Kota Subang dan Kota Raja bersama tiga jentera.

“Proses mengawal kemerebakan kebakaran kilang percetakan itu masih sedang dijalankan,” ujarnya.

Tambah beliau, kebakaran kedua-dua kilang berkenaan melibatkan 50 peratus kemusnahan dan punca kejadian masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI