fbpx

Dua kes Covid-19 libatkan mangsa banjir di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Dua kes jangkitan Covid-19 dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu dengan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes Covid-19 yang dilaporkan telah dikenal pasti dan diasingkan daripada mangsa banjir yang lain di pusat pemindahan sementara (PPS) khas serta tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir dilaporkan di setakat ini.

“Dalam masa sama, terdapat tujuh kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit dilaporkan.

“Tiada kes konjunktivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dua fasiliti kesihatan di Terengganu terjejas banjir (tahap satu) iaitu Klinik Kesihatan (KK) Wakaf Tapai, Marang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus namun kedua-dua fasiliti tersebut dilaporkan masih beroperasi seperti biasa.

Kataya lagi, sehingga semalam, dua negeri dilanda banjir iaitu Terengganu dan Kelantan dengan sebanyak 54 PPS dibuka melibatkan 15 daerah manakala, seramai 9,741 mangsa banjir. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI