fbpx

Negeri Sembilan Antler tambah derita Kelantan Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEGERI SEMBILAN memerlukan tiga set perlawanan sebelum berjaya menjinakkan Kelantan sebentar tadi. - IHSAN STL

KEMENANGAN ketiga berturut-turut dilakar Negeri Sembilan (NS) Antlers dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2022 selepas membenam cabaran Kelantan Warriors 21-17, 17-21, 21-16 sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di SPICE Arena, Pulau Pinang itu, Kelantan yang turun tanpa pemain simpanan cuba untuk memberikan tekanan dalam usaha mereka memperbaiki kedudukan dalam liga.

Bagaimanapun, NS berjaya menyekat hasrat pasukan dari Pantai Timur itu apabila memulakan aksi di set pertama dengan langkah kanan menerusi kemenangan 21-17 ke atas Kelantan dalam masa hanya 22 minit.

“Secara jujur, kami bermain dengan agak tertekan kerana bimbang kalah pada perlawanan hari ini. Agak berbeza dengan pasukan Kelantan yang bermain tanpa sebarang tekanan.

“Kami akan berdepan aksi lebih sukar minggu depan, jadi saya fikir Negeri Sembilan perlu bekerja lebih keras dalam sesi latihan. Selain itu, kami juga perlu kuatkan mental,” kata apit kanan NS, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan.

Tersentak dengan kekalahan di set pertama, Kelantan yang dibimbing Azhar Sarabini itu menampilkan aksi lebih kemas pada set kedua untuk menang 21-17 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, NS kembali menunjukkan kemampuan sebenar apabila menampilkan aksi lebih agresif bagi memastikan kemenangan mutlak selepas menang 21-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI