fbpx

Masa depan Mazepin di F1 makin kabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAAS terpaksa mengeluarkan logo penaja mereka, Uralkali pada jentera ketika sesi ujian pramusim di Litar Catalunya, Barcelona kelmarin. – AFP

LONDON – Karier pelumba Rusia, Nikita Mazepin dalam perlumbaan Formula Satu (F1) bersama pasukan Haas terancam ekoran peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine ketika ini.

Lebih tertekan apabila syarikat dari Rusia, Uralkali yang sepatutnya menjadi penaja utama pasukan Haas musim ini terpaksa digugurkan daripada menyertai pasukan yang berpangkalan di Amerika Syarikat tersebut.

Mazepin merupakan anak jutawan Rusia iaitu Dmitry Ma­zepin telah menyuntik dana kepada pasukan Haas dengan menjadikan Uralkali sebagai penaja utama bagi memastikan anaknya itu beraksi dalam saingan utama F1 sejak musim lalu.

Akibat keputusan tersebut, Haas dilihat tidak lagi menggunakan ‘livery’ penaja utama dari Rusia tersebut ketika sesi ujian pramusim di Barcelona selepas bapa Mazepin dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Kami telah mengeluarkan penaja tersebut dan perlu menyelesaikan semua perkara terutama melibatkan undang-undang. Saya tidak boleh mengulas lebih terperinci dan perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin.

“Kami telah membuat keputusan dengan rakan kongsi dan ini yang kami akan lakukan. Mengenai masa depan Mazepin, ia perlu segera diselesaikan.

“Tidak semuanya bergantung kepada kami dan saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Kami juga perlu melihat situasi dari semasa ke semasa di Ukraine pada ketika ini.

“Pastinya perkara ini akan menggangu tumpuan Mazepin kerana ia melibatkan negaranya. Tiada jaminan daripada saya kerana seperti saya katakan ia bergantung kepada situasi yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, ia di luar daripada kuasa kami,” kata Ketua Pasukan Haas, Guenther Steiner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI