fbpx

[KEMASKINI] Empat beranak maut: Pemandu Hilux akan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Sultan Iskandar berhampiran Wisma Tani, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemandu kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan hari ini hingga empat beranak terkorban termasuk dua kanak-kanak akan ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd. Salleh berkata, pemandu hilux yang berusia 27 tahun itu akan ditahan dalam masa terdekat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kejadian pada pukul 11.20 pagi itu berlaku di Lebuh Raya Sultan Iskandar berhampiran Wisma Tani, dekat sini.

“Kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu dari arah Bangi menghala Selayang telah terbabas di selekoh lalu melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifuddin berkata, akibat dari kemalangan tersebut, empat sekeluarga berusia 3 hingga 31 tahun yang berada di dalam kereta (MPV) Hyundai Starex itu telah disahkan maut di lokasi oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) manakala pemandu Toyota Hilux dibawa ke HKL untuk rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S Lee ditalian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI