fbpx

ATM mudah tewaskan Perak Bisons 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANGANJURAN sukan sepak takraw di peringkat kebangsaan perlu mendapatkan kebenaran daipada Mastaf sebagai badan yang diiktiraf oleh Astaf dan Istaf. - GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Juara Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022, ATM Guardians dengan mudah menewaskan Perak Bisons 21-16, 21-10 pada perlawanan minggu ketujuh, Kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Spice Arena, Bayan Baru di sini sebentar tadi.

Gandingan trio skuad kendalian Aswadi Abdullah iaitu Tunku Azwan Azwari (tekong), Sobrie Samsudin (pengumpan) dan Afifudin Razali (perejam) bermula garang apabila mendahuli mata di awal set pertama bertemu dengan pasukan lawan.

Rentak konsisten yang dipamerkan Afifudin telah membuah hasil apabila berjaya melakukan beberapa rejaman mudah ke gelanggang Perak Bison sehingga menjarakkan mata 11-7 meskipun dihambat kemas tekong lawan, Anuwat Sombatdee.

Penampilan cemerlang ATM pada malam ini langsung tidak mewujudkan sebarang tekanan ketika ditentang rapat Bisons sehingga ke akhir perlawanan set pertama 21-16.

Pasukan kendalian Ketua Jurulatih, Suhairi Abd Aziz itu cuba mengembalikan semula rentak permainan dalam set kedua namun tetap menerima tamparan hebat daripada trio ATM 7-2 menerusi rejaman, libasan kemas ke pintu lawan.

Bisons yang berada di kedudukan kesembilan carta STL kini dilihat masih enggan menyerah kalah dengan juara Liga Premier musim ini dengan cuba melakukan aksi rejaman padu ke gelanggang ATM.

Memang tidak dinafikan, gandingan trio ATM kali ini berhasil apabila berjaya menjarakkan 10 mata jauh meningggal Bisons 17-7 di saat akhir set perlawanan.

Ternyata, ATM berjaya meraih kemenangan ke-14 mereka apabila berjaya memperoleh mata mudah 21-10 di akhir set kedua pada perlawanan terakhir di Pulau Mutiara malam ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI