fbpx

Rejaman padu Naim berjaya julang Kelantan Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Kelantan Warriors meraikan kejayaan menewaskan Perak Bisons 2-0 pada aksi Liga STL 2020 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

APIT kanan pasukan Kelantan Warriors, Wan Naim Izani Wan Noor menjadi watak utama ketika membantu pasukan tersebut menewaskan Perak Bisons 2-0 pada aksi Liga Sepak Takraw (STL) semalam.

Pemain berusia 23 tahun itu menampilkan aksi terbaik serta melakukan rejaman-rejaman padu bagi memastikan pasukan dari Pantai Timur itu melakar kemenangan kelima musim ini dengan keputusan 21-15, 21-17.

Naim mengakui, aksi semalam sedikit sebanyak mengubat kekecewaannya apabila gagal menampilkan aksi terbaik ketika tewas 0-2 kepada Penang Black Panthers Jumaat lalu.

“Alhamdulillah rezeki kami petang ini untuk catat kemena­ngan. Bagaimanapun, saya sedikit penat sehingga pasukan lawan berjaya merapatkan kedudukan.

“Selain itu, mereka juga ba­nyak melakukan asakan sehingga menyebabkan saya tertekan dan sedikit kelam-kabut. Secara keseluruhan, saya gembira dengan prestasi pasukan dan berjanji akan tampil lebih baik,” ujarnya.

Jurulatih Kelantan Warriors, Suhairi Nordin mengakui, beliau meletakkan kepercayaan kepada Naim bagi memburu pungutan mata pada perlawanan tersebut meskipun sedikit bergelut pada aksi terdahulu.

“Kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada pemain-pemain untuk bangkit daripada kekalahan semalam (kelmarin) dan mereka buktikan menerusi kemenangan 2-0 ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI