fbpx

Warga emas dikhuatiri lemas jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Galas dekat Dabong hari ini.

KUALA KRAI – Seorang warga emas dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Galas, Kampung Kuala Gris dekat Dabong di sini petang semalam.

Mangsa, Mohamad Ishak, 70, disedari hilang selepas anaknya, Ahmad Azhari, 36, mendapati ayahnya tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, mangsa disedari keluar dari rumahnya di Kampung Kuala Gris di sini kira-kira pukul 5 petang.

“Sebelum keluar, mangsa telah memaklumkan kepada anaknya untuk pergi ke Pengkalan Lan melihat perahu miliknya.

“Selepas dua jam keluar, anaknya mendapati bapanya tidak pulang ke rumah sehingga pukul 7.30 malam. Bimbang dengan keselamatan bapanya, Ahmad Azhari terus bergegas ke Pengkalan Lan sebelum menemui motosikal dan barang-barang milik ayahnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Suzaimi memberitahu, anak mangsa cuba mencari bapanya di kawasan berkenaan, namun gagal dan mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Katanya, Ahmad Azhari melaporkan kejadian itu di Balai Polis Dabong sebelum sepasukan pegawai dan anggota ditugaskan ke lokasi kejadian membantu mencari mangsa.

“Operasi mencari warga emas itu turut dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat Dabong dan penduduk kampung dengan menggunakan 10 buah perahu, namun mangsa masih belum ditemui setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI