fbpx

VTL bakal rancakkan pelancongan ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri bercucap sempena Majlis Perasmian Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Kuching, Sarawak hari ini. ((Foto kredit: Japen)

KUCHING – Laluan Pengembara Vaksinasi (VTL) udara, darat dan laut dijangka merancakkan kembali sektor ekonomi termasuk industri pelancongan yang sebelum ini terjejas akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, selain dari Singapura dan Indonesia, Brunei secara dasar juga telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan VTL tersebut.

Menurutnya, perkara itu juga merupakan hasil perbincangan beliau dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semasa mengadakan kunjungan ke Brunei baru-baru ini.

“Langkah ini bukan sahaja mampu memulihkan industri pelancongan Sarawak tetapi merancakkan kembali ekonomi khususnya di bahagian Miri, Limbang dan Lawas yang terletak bersempadan dengan Brunei,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Kuching, Sarawak hari ini.

Tambah beliau, hasil daripada lawatan rasminya ke Thailand baru-baru ini kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan perkara yang sama di negara tersebut.

“Untuk merancakkan kembali sektor ekonomi termasuk industri pelancongan yang sebelum ini terjejas dengan pandemik Covid-19, kerajaan giat melakukan pelbagai inisiatif bagi membantu sektor-sektor terlibat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI