fbpx

Remaja maut tertembak diri sendiri ketika rakam video TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesingan Uzi 9 milimeter sering digunakan oleh pasukan polis dan tentera. – AFP

CULIACAN, MEXICO – Seorang remaja berusia 15 tahun di Mexico maut selepas tertembak dirinya sendiri ketika cuba merakam video aksinya memegang sepucuk sub-mesingan untuk dimuat naik di laman TikTok, lapor akhbar The Sun semalam.

Mangsa, Yazmin Esmeralda, ketika kejadian dilaporkan melawat rumah neneknya di negeri Sinaloa. Dia terjumpa sepucuk sub-mesingan Uzi 9 milimeter bawah almari di dalam sebuah bilik.

Mangsa kemudiannya meminta bantuan seorang saudara lelakinya untuk merakam aksinya memegang senjata api itu bagi dimuat naik di TikTok.

Bagaimanapun, senjata api itu secara tiba-tiba berfungsi dan menyebabkan tembakan mengenai mangsa, sekali gus membunuhnya serta-merta.

Menurut pendakwa raya negeri Sinaloa, Sara Bruna Quinonez Estrada, tidak dapat dijelaskan mengapa mesingan yang sering digunakan oleh pasukan polis dan tentera itu boleh berada dalam rumah tersebut.

Ini kerana tentera Mexico telah lama menghentikan penggunaan senjata api jenis itu selepas kunci keselamatannya didapati sering mengalami masalah dan cenderung untuk mengeluarkan tembakan secara tidak sengaja.

Tambah Estrada, agak sukar juga untuk orang awam membeli senjata api di Mexico disebabkan permit untuk memilikinya adalah mahal serta mengambil masa bertahun-tahun untuk diperoleh.

“Membiarkan senjata api berada di rumah tanpa kawalan merupakan tindakan tidak tanggungjawab orang dewasa yang tahu terdapat kanak-kanak di rumah,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI