fbpx

48 pengunjung pusat hiburan tanpa lesen dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 48 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Yew yang dikompaun dalam serbuan IPD Wangsa Maju malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 48 pengunjung sebuah pusat hiburan tanpa lesen dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jalan Yew di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Wangsa Maju menjalankan serbuan tersebut pada pukul 1.10 pagi.

“Hasil serbuan polis telah mengeluarkan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 terhadap 33 pelanggan lelaki serta 15 wanita.

“Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki sebagai penjaga pusat hiburan terbabit kerana gagal mengemukakan lesen operasi perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, polis turut merampas satu pembesar suara, satu set pemain CD, sebuah amplifier, satu unit mixer, sekeping resit dan wang tunai berjumlah RM250.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI