fbpx

Polis siasat individu rakam anggota pantau SOP solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video individu yang merakam anggota polis sedang menjalankan rutin pemantauan SOP di sebuah masjid yang tular di media sosial baru-baru ini.

SUBANG JAYA – Tindakan seorang individu yang merakam video anggota polis sedang bertugas memantau prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat baru-baru ini di sebuah masjid sekitar Batu 14, Puchong, kini dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, video berdurasi 29 saat itu dimuat naik seorang pengguna media sosial semalam dengan kapsyen ‘Masuk Masjid Macam Pengganas Besar, Allah’.

“Hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 petang ketika anggota berpangkat Koperal terbabit menjalankan rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

“Anggota itu menerangkan SOP terbaharu bagi Selangor yang mana jemaah berhasrat menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk,” katanya satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Khalid, satu laporan polis telah dibuat berhubung penularan video berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI