fbpx

Iconic Worldwide catat perolehan RM20.88 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk pengeluaran Iconic Medicare mendapat tempat di pasaran tempatan dan juga global.

PETALING JAYA – Iconic Worldwide Berhad (Iconic Worldwide) mencatat perolehan RM20.88 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu (3QFY22) dengan peningkatan 23.03
peratus  berbanding RM16.97 juta sebelumnya.

Keuntungan selepas cukai pula meningkat sebanyak 42.68 peratus kepada RM4.68 juta berbanding RM3.28 juta yang dicatat tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Tan Kean Tet berkata, pendapatan daripada segmen pembuatan ketika ini disumbangkan oleh jualan dan pengedaran pelitup muka pakai buang.

“Kami menjangkakan sumbangan akan bertambah baik malah lebih ketara dalam suku berakhir 31 Mac ini (suku keempat 2022) sebagaimana kami baru sahaja memulakan enam barisan pemgeluaran sarung tangan di fasiliti pembuatan PPE bulan Disember lalu,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai prestasi untuk tempoh kumulatif bagi sembilan bulan, Iconic Worldwide merekodkan perolehan dan keuntungan selepas cukai meningkat masing-masing 74.88 peratus dan 55.86 peratus kepada RM58.46 juta dan RM11.81 juta berbanding RM33.43 juta dan RM7.58 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2021.

Selain itu, untuk segmen pembangunan hartanah, Kean Tet menerangkan, Iconic Worldwide sedang menyemak beberapa prospek projek baharu yang akan dilancar dengan memanfaatkan simpanan tanah yang ada.

Kumpulan juga dalam perancangan untuk membangunkan projek perumahan mampu milik di Alma, Seberang Perai Pulau Pinang dijangka dilancarkan pada suku keempat 2022.

Projek mampu milik ini mengandungi 751 units rumah mampu milik dan 16 unit kedai pejabat dengan
nilai pembangunan kasar RM220 juta. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI