fbpx

PRN Johor: Calon PH DUN Endau berbusana pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fakrulradzi berpakaian raja sehari diiringi bapanya, Mahmud pada penamaan calon di Dewan Serbaguna Endau, Mersing hari ini.

MERSING – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau mengenakan busana pengantin ketika hadir di Dewan Serbaguna Endau di sini untuk penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mohd. Fakrulradzi Mahmud daripada Parti Amanah Negara (Amanah) diiringi bapanya Mahmud Mat Isa, 85, berpakaian pengantin lengkap bertanjak bewarna ungu dilihat tiba di dewan berkenaan pada pukul 8.38 pagi ini.

Beliau sempat bersalaman dan memeluk bapanya sebelum masuk ke dewan berkenaan bagi menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon tersebut.

Mohd. Fakrulradzi yang telah melangsungkan pernikahan pada 22 Februari lalu dijangka akan melangsungkan majlis resepsi hari ini sejurus proses penamaan calon selesai.

Calon PH itu bakal berdepan beberapa calon lain termasuk daripada Barisan Nasional (BN), Mohd. Youzaimi Yusof yang menjadi calon pertama sampai untuk penamaan calon iaitu pada pukul 8.05 pagi.

Manakala calon kedua daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd. Noorhisyam Ibrahim tiba pada pukul 8.15 dan diikuti calon dari Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau pada pukul 8.38 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI