fbpx

Hasni cadang orang muda dipilih pimpin kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni ketika berucap pada malam kemenangan BN di Pejabat Perhubungan UMNO negeri Johor Bahru, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad mencadangkan agar pucuk pimpinan parti itu memilih orang muda untuk memimpin negeri Johor.

Menteri Besar Johor itu berkata, pemilihan orang muda dalam barisan kerajaan negeri sebagai iktiar memastikan kemakmuran negeri berpanjangan.

“Melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan negeri Johor dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri Johor.

“Kerajaan negeri dibawah pimpinan saya telah beriktiar sebaik mungkin untuk menjadikan negeri Johor berdaya tahan dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasni dalam pada itu menzahirkan ucapan tahniah kepada semua calon yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Ujarnya, beliau berterima kasih kepada semua jentera parti yang bertungkus-lumus berkempen sekaligus menyaksikan BN meraih 40 kerusi daripada 56 kerusi.

“Insya-ALLAH dibawah pimpinan kerajaan baharu, negeri Johor akan lebih makmur sejahtera.

“Sepertimana yang saya ucapkan pada malam kemenangan BN tempoh hari, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan utama daripada Johor Darul Takzim.

“Kini merupakan masa untuk membina sama-sama Johor yang lebih makmur,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI