fbpx

Petron catat untung bersih RM61 juta suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mencatat keuntungan bersih RM61 juta pada suku keempat 2021 naik 44 peratus lebih tinggi daripada RM42 juta  suku yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan ketara itu didorong oleh jualan domestik yang lebih tinggi dan kecekapan yang dipertingkatkan.

Pengerusi Petron Malaysia, Ramon S. Ang berkata, permintaan keseluruhan meningkat dan volum jualan syarikat mencapai 7.2 juta tong dalam tempoh tersebut,  tujuh peratus lebih tinggi berbanding dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

“Dengan peningkatan harga minyak, pendapatan meningkat kepada RM3 bilion pada suku keempat daripada jumlah tahun lepas sebanyak  RM1.5 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Ramon menerangkan, untuk tahun 2021, Petron Malaysia  menjana keuntungan bersih RM238 juta, iaitu pembalikan penuh daripada kerugian bersih RM13 juta yang ditanggung pada 2020, didorong oleh aliran meningkat harga minyak global, kecekapan yang dipertingkatkan dan pemulihan dalam permintaan domestik pada suku keempat 2021.

Tambah beliau, walaupun permintaan domestik meningkat pada akhir tahun, jumlah volum jualan syarikat sebanyak 26.4 juta tong pada tahun 2021 sedikit rendah berbanding pada tahun 2020 disederhanakan oleh kesan pandemik dalam setahun.

“Prestasi kami, bukan sahaja disumbang oleh perkembangan ini, juga merupakan bukti ketahanan kewangan dan ketabahan kami sebagai sebuah organisasi.

“Bagi  Petron Malaysia, kami akan terus memastikan bekalan produk yang bertaraf dunia mencukupi dan boleh dipercayai sambil mencipta lebih banyak nilai untuk pelanggan, pemegang saham serta komuniti di samping kita menantikan masa yang lebih baik ke hadapan,”  jelas beliau,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI