fbpx

Hujan lebat tiga hari, Kemaman dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Teladas, Kemaman mula dilanda banjir hari ini

KEMAMAN – Hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan beberapa kampung di sekitar daerah ini mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Kampung Padang Kubu, Kampung Tebak dan Kampung Batu 16 dan Seberang Jabor di sini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, air sungai berhampiran mula melimpah ke kawasan penempatan penduduk sejak pukul 8 pagi tadi.

“Beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka secara tidak rasmi dengan penduduk terlibat mula dipindahkan.

“Pemerhatian juga mendapati beberapa laluan di daerah ini terpaksa ditutup untuk kegunaan kenderaan ringan kerana dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azman berkata, pihaknya meramalkan lebih banyak kawasan akan terjejas sekiranya hujan lebat masih berterusan.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk di kawasan rendah di daerah ini dan Hulu Dungun bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kami juga tidak tolak kemungkinan Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor yang terletak di Hulu Dungun juga akan kembali dilanda banjir jika hujan lebat berterusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI