fbpx

Polis musnahkan bom mortar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis meletakkan guni pasir pada bom mortar yang ditanam sebelum diletupkan. - Foto IPD Taiping

TAIPING – Polis berjaya memusnahkan sebutir bom dipercayai jenis mortar yang dijumpai di Sungai Tupai Pokok Assam dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, bom itu ditemui seorang lelaki berusia 46 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

“Lelaki itu bersama tiga rakannya sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di Sungai Tupai sebelum ternampak objek menyerupai bom lalu menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Osman, sepasukan anggota dari Balai Polis Pokok Assam bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati objek tersebut merupakan bom lama jenis mortar.

“Setelah objek itu dikenal pasti, kita telah mendapatkan bantuan Unit persenjataan Kontijen Perak dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

“Seterusnya bom tersebut telah memusnahkan pada pukul 12.55 tengahari hari ini,” katanya yang memberitahu operasi dijalankan mengikut tatacara yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI