fbpx

KJ nasihat individu positif, kontak rapat jawab penilaian kendiri di MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin memberi nasihat itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook hari ini.

PUTRAJAYA – Luang sedikit masa menjawab borang penilaian kendiri iaitu Health Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera jika disahkan positif atau kontak rapat kepada jangkitan Covid-19.

Itu nasihat dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada orang awam menerusi hantaran rakaman video di Facebook, hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, jika disahkan positif kontak rapat atau kontak kasual, orang ramai akan menerima notifikasi pada pautan ‘Things To Do’ pada aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata, pada pautan itu, anda boleh mengemas kini gejala yang dialami dan sentiasalah pantau gejala serta tahap kesihatan masing-masing setiap hari.

“Jika gelaja bertambah serius seperti sukar bernafas, demam berpanjangan, sakit dada dan hilang selera makan….sila hubungi atau terus segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya.

Katanya, ketika ini, semakin ramai saudara dan kenalan yang telah dan sedang menjalani kuarantin kerana positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat tanpa mempunyai gejala serius.

Justeru, katanya, semua orang perlu berwaspada dan segera melakukan ujian Covid-19 jika mempunyai sebarang gejala bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

Khairy Jamaluddin berkata, melalui HAT, Kementerian Kesihatan (KKM) boleh memantau keadaan semasa anda dan memberikan panduan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil.

Semalam, negara merekodkan 27,179 kes jangkitan Covid-19 dengan 172 kes atau 0.63 peratus daripadanya melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Manakala, baki sebanyak 27,007 kes atau 99.37 peratus adalah kategori satu dan dua menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 3,273,958 kes. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI