fbpx

‘Papa Aisyah datang, Aisyah dapat banyak piala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Aisyah yang sedang berkongsi cerita ketika menziarahi kubur arwah bapanya

PETALING JAYA – Kematian insan tersayang bukan sesuatu perkara mudah untuk diterima sesiapa sahaja terutama kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang sempurna daripada ibu bapa mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Aisyah menziarahi kubur arwah bapanya dan bercerita mengenai kejayaannya di sekolah.

Video tersebut dikongsikan oleh ibunya sendiri di laman TikTok sehingga membuatkan ramai yang tersentuh dan sebak melihat situasi kanak-kanak berkenaan.

Namun, apa yang menyayat hati adalah perbualan yang disampaikan oleh Aisyah kepada arwah bapanya sambil memeluk beberapa piala hasil daripada kejayaannya.

“Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni.

“Aisyah nak cakap, Aisyah ada banyak hadiah piala, beg, pensel.

“Papa doakan Aisyah jadi pandai, bijak, jadi anak yang solehah,” luahnya.

Jelas Aisyah, dia amat merindui arwahnya bapanya itu dan sentiasa menyanyanginya walaupun sudah tiada disisi.

“Aisyah sayang papa, Aisyah rindu papa,” katanya.

Kemudian, kanak-kanak tersebut duduk serta menyusun piala-piala yang diterimanya di tepi kubur arwah.

Sementara itu, dalam video lain yang dikongsikan ibunya, Aisyah dilihat sedang membacakan doa buat arwah bapanya serta sentiasa mengalunkan bacaan zikir sepanjang perjalanan ke kubur.

“Dia memang setiap kali nak ke kubur arwah akan berzikir dan katanya untuk setiap langkahnya biar papa dapat pahala,” kongsi ibunya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut bersedih dan rata-ratanya mendoakan agar kanak-kanak tersebut dapat membesar dengan baik.

“Pak cik doakan awak menjadi anak yang solehah dan yang akan memberi banyak pahala untuk arwah papa awak,” ujar seorang pengguna.

“Aisyah sayang, tahniah Aisyah berjaya dan jadi anak yang solehah untuk mama Aisyah yang kuat, untuk arwah papa, mak cik doakan Aisyah berjaya dunia dan akhirat,” ujar Nur Erynda Datar.

“Tak boleh tahan air mata, Allahuakbar sedihnya, semoga adik berjaya dunia akhirat, jadi anak yang baik,” luah Cik Awan Biru. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI