fbpx

17 lokaliti panas dikesan sempena PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Zaini Jass menyerahkan cenderahati kepada waris pejuang Bukit Kepong sempena Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong di Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, hari ini.

MUAR – Polis Johor telah mengenal pasti beberapa lokaliti panas yang mungkin boleh mengakibatkan kekecohan bagi tempoh menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, 17 lokasi panas membabitkan di 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dikesan selepas mengambil kira sentimen persaingan politik, isu perkauman, jenayah kongsi gelap serta pelbagai aktiviti jenayah termasuk mereka yang mempunyai rekod lampau.

Oleh demikian menurut beliau, amaran telah dikeluarkan kepada penyokong parti-parti politik untuk tidak menggugat ketenteraman awam sepanjang tempoh pelaksanaan PRN Johor yang akan bermula Sabtu ini.

“Selain mengerahkan pemantauan yang lebih rapi di lokasi-lokasi berisiko berkenaan, kami juga akan melaksanakan pemantauan menggunakan unit dron. Di 56 DUN di seluruh Johor ini, kita dapati bahawa mungkin 17 DUN yang dianggap panas, bukan sahaja politik, tetapi panas juga dari segi kegiatan aktiviti gangsterisme dan aktiviti perjudian dalam pilihan raya.

“Kawasan terlibat mengikut kaum, persaingan politik, kongsi gelap dan juga aktiviti yang dijalankan mereka termasuklah yang mempunyai rekod lampau.

“Walaubagaimanapun pihak PDRM Johor khasnya telah mengadakan maklumat risikan dan sebagainya termasuklah bertemu dengan ketua kampung supaya menasihati kumpulan ini lebih awal agar tidak melakukan perkara tak diingini sepanjang tempoh PRN Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong di Galeri Darurat Bukit Kepong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kontinjen Johor juga telah menubuhkan beberapa pasukan pemantau bagi memastikan kelancaran proses PRN dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI