fbpx

[VIDEO] Penduduk Shah Alam serbu Dewan MBSA Kemuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir khususnya membanjiri Seksyen 32, Shah Alam di sini bagi menerima BSB dan BWI. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kira-kira 1,000 mangsa banjir menyerbu Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kemuning Seksyen 32 di sini bagi menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) dan Bantuan Wang Ihsan (BWI), hari ini.

Mereka didapati telah berada di sekitar dewan berkenaan sejak pukul 1 tengah hari meskipun pengoperasian waktu pemberian bermula pukul 3 petang.

Malah, tinjauan Kosmo! turut mendapati keadaan itu menyebabkan lokasi sesak dengan orang ramai beratur lebih satu kilometer bagi menunggu giliran memasuki dewan berkenaan.

Seorang penduduk dari Seksyen 29 Kampung Lombong, Faizal Abdul Halim, 41, terpaksa berdiri selama dua jam menunggu giliran disebabkan penerima datang serentak sebelum pukul 3 petang.

Sementara itu seorang penduduk dari Kampung Jawa di sini, Norhafizah Shaari, 47, melahirkan kesyukuran dengan bantuan RM2, 000 tersebut walaupun terpaksa bersesak dan beratur lebih 50 meter.

Katanya lagi, walaupun terlewat sampai pada pukul 5 petang, orang semakin ramai disebabkan ramai penerima yang baru pulang dari tempat kerja.

Sementara itu Pegawai Daerah Klang, Faizal Abdul Raji memaklumkan operasi pemberian bantuan dijalankan bermula pukul 3 petang hingga 8.30 malam.

Ujarnya, pihaknya menjadualkan agar golongan tidak bekerja atau suri rumah hadir pukul 3 petang manakala yang bekerja selepas pukul 5 petang.

“Namun ramai memilih untuk datang serentak sehingga berlaku kesesakan dengan dianggarkan 3,000 mangsa banjir menerima bantuan hari ini di Dewan MBSA Kemuning tersebut.

“Secara keseluruhan, seramai 10,000 akan menerima bantuan hari ini melibatkan di Kapar, Pandamaran dan Seksyen 32,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI