fbpx

Rara positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Young Syefura

BENTONG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman disahkan positif Covid-19 sejak semalam dan menjalani kuarantin kendiri.

Menurut kenyataan dalam Facebook beliau Young Syefura yang dikenali dengan panggilan Rara berkata, susulan itu pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari ditutup pada minggu ini.

“Dukacita dimaklumkan saya dan pegawai saya telah disahkan positif Covid-19 dan seluruh warga kerja Pusat Khidmat DUN Ketari kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

“Saya bagi pihak Pusat Khidmat DUN Ketari ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan saya memohon kepada sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat untuk melakukan ujian Covid-19 dan menjalani kuarantin,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya susulan itu penghantaran bantuan Beg Ketari ku untuk penduduk yang sedang menjalani kuarantin terpaksa ditangguhkan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI