fbpx

Pengguna mahu peraturan berbeza antara rokok dan vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – 90 peratus daripada pengguna vape berpandangan sebarang peraturan yang dibangunkan untuk vape seharusnya berbeza daripada rokok tradisional, berdasarkan kaji selidik yang dilaksanakan oleh kumpulan advokasi pengguna vape tempatan, Malaysian Vapers Alliance (MVA).

Menurut kaji selidik berkenaan 84 peratus daripada 1,000 responden pengguna vape melihat vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional.

Presiden MVA, Khairil Azizi Khairuddin berkata, ketika semakin banyak kajian bebas membuktikan vape mempunyai risiko, tetapi jauh lebih rendah kemudaratannya daripada merokok, kerajaan terus mengkategorikan produk vape pada kumpulan yang sama dengan rokok tradisional.

“Produk ini berbeza antara satu sama lain dan tinjauan kami membuktikan bahawa komuniti vape di Malaysia bersetuju mengenainya.

“Vape telah pun berjaya mengubah kehidupan jutaan perokok ke arah lebih baik secara global serta dan kejayaan ini mampu diteruskan jika satu rangka kerja yang membezakan kedua-dua produk ini berdasarkan bukti digubal.

Khairil

“Peraturan mesti selari dan memastikan produk vape mudah diperolehi oleh perokok yang mahu bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan dan pada masa sama, memastikan produk ini tidak dipasarkan kepada golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Antara dapatan lain kaji selidik berkenaan ialah pengguna vape mahu peraturan yang selari dengan penggunaan dan keinginan mereka.

Sebagai contoh, 79 peratus penguna vape mengatakan bahawa mereka menggunakan cecair vape
yang mengandungi 40 miligram (mg) hingga 50mg nikotin.

Jika peraturan tahap nikotin ditetapkan di bawah kadar tersebut, 85 peratus pengguna menyatakan kesediaan beralih untuk membeli cecair vape yang tidak dikawal selia.

“Ini tidak ideal kerana cecair vape yang tidak dikawal undang-undang tidak terikat dengan sebarang tahap standard kualiti dan keselamatan.

“Selain mewujudkan pasaran gelap untuk produk vape, perkara ini boleh menjejaskan keselamatan pengguna vape jika mereka memiliki produk yang tidak dikawal.

“Kita kini berdiri di posisi kritikal kerana bukan sahaja mempunyai peluang membangunkan satu set peraturan yang bukan saja memberi manfaat kepada ekonomi, tetapi juga memenuhi permintaan komuniti vape tempatan yang kini berkembang melebihi satu juta orang,” tambah Khairil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI