fbpx

Ikan bilis, udang kering Sabah dieksport ke UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis pemeteraian MoU antara Nafas dengan Urbanex Gulf Corporate Services.

PETALING JAYA – Pengusaha ikan bilis dan udang kering di Sabah khususnya Sandakan dan Tawau dijangka memperoleh pertambahan pendapatan apabila kedua-dua hasil laut tersebut bakal menembusi pasaran Timur Tengah bermula dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan ini.

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Sylvester Entri Muran berkata, ia susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara pihaknya dengan Urbanex Gulf Corporate Services selaku syarikat pengurusan eksport (EMC).

“Hasil laut tersebut mendapat permintaan memberangsangkan berdasarkan sampel yang diberikan kepada peniaga meskipun harga yang ditawarkan agak tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

“Ikan bilis dan udang kering mendapat permintaan yang tinggi. Peniaga gembira dengan sampel kita walaupun harga tinggi, mereka puas hati dengan kualitinya jadi mereka tawarkan untuk eksport kepada Nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, untuk permulaan sebanyak 25 tan ikan bilis dan udang kering akan dieksport dengan anggaran jualasan AS$40 sekilogram dan pihaknya kini sedang dalam proses penyediaan dokumentasi.

“Menerusi MoU itu juga, Nafas akan mengeksport halia dan kunyit ke UAE dengan menjadikan Dubai sebagai pintu masuk sebelum diperluaskan ke pasaran Timur Tengah serta Afrika Utara.

“Sebanyak 50 tan halia dan kunyit dijangka mula dieksport bulan depan dan pihak Nafas kini sedang mengumpulkan tanaman itu daripaa hampir sejuta ahlinya di seluruh negara,” ujarnya.

Tambahnya, Nafas masih belum memasuki pasaran Timur Tengah dan MoU itu amat penting bagi pihaknya memperluaskan pasaran dan membantu ahli-ahlinya yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI