fbpx

Turki tawar biasiswa pengajian kepada rakyat Malaysia berminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan Turki menawarkan biasiswa pelajaran kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di negara berkenaan.

Berita baik itu turut dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Idris berkata, permohonan biasiswa itu sudah pun di buka dan akan berakhir pada 15 Mac depan.

“Alhamdulillah Kedutaan Besar Republik Turkiye telah memaklumkan bahawa Presidensi Hal Ehwal Ugama Turkiye bersama Yayasan Turkiye Diyanet telah mengumumkan tawaran program biasiswa itu.

“Ia membabitkan tawaran biasiswa bagi pengajian di Anatolian Imam Hatip High School, Theology Undergraduate dan Theology Graduate (Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah),” katanya.

Katanya, calon-calon dalam kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di pautan https://diyanetburslari.tdv.org. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI